Friday 8 November 2013

Benda kegilaan..

Holla readers!
Semangat kan si meme taip-taip ni hari. Biasalah.. sedang menghadapi musim cuti yang siok  bheiii...
Tiada apa-apa saya mau buat ni hari, maka tangan pun mencari benda yang menjadi kegilaan ni di internet.. 
Dalam entri ni saya bahaskan diri dengan nama sendiri lah k.. iaitu MEME :))

Anyway, malam ni meme mau kongsikan tentang benda yang selama ni jadi kegilaan meme. Benda ni pernah diminati juga dulu.. tapi bagi saya memalukan. Hahaha.. Tapi memandangkan ramai sudah yang pakai benda-benda ni di Sabah (area Telipok), maka minat lama datang kembali.. Kalau masa masi sekolah dulu, setiap hari tunggu bas di bus stop, hari-hari boleh cuci mata. Fuuhhh.. Lawa gilerrr benda macam ni. Di kelas setahu saya tidak banyak yang minat. Tapi adalah satu orang yang selalu sama-sama meme di bus stop cuci mata. Kami kira sekepala lah sebab minat benda-benda macam ni. Setiap kali benda ni lalu depan mata kami, mesti bising lah kami dua. Ikut ja arah benda tu bergerak sampai hilang dari pandangan kami.. Hampir setiap hari kami cuci mata. Hehehe... 

Elehh sengaja lagi bah mau banyak cakap kan.. hahaha. Okay lah. Benda tu ialah ''OldSkool Cars'' yang mana dalam bahasa melayu-pasar-tiada standardnya ialah ''kereta lama-lama'' Huiishhhh.. lawa giler kereta lama-lama. Saya lebih suka sama kereta lama yang hanya dua pintu. Kira kereta bujang lah. Hehehehe.. Saya ni sangat minat sama kereta tapi taklah pakar dalam bab-bab enjinnya..kelajuannya .. entah apa-apa lagi lah. Yang saya tau bab-bab luarannya yang lawa-seksi-bergaya gitu (sehhh)

Janganlah mau cakap saya ni ketinggalan zaman.. No.. Hmmmhh tak berapa minat lah dengan kereta baru-baru ni.. Semua sama ja.  (walaupun sebenarnya berbeza) Kereta lama-lama ni nampak sangat vintaj. Cool.. Awesome gituu~ Tentunya harga pun AWESOME kan.  (belakang cerita lah pasal harga ni ) Setiap kereta lama yang lawa ni limpas, eiiiii gerigitan juga terasa.. Tak sabar mau ada kereta sendiri..

Nanti after SPM ja, mau dapat kereta lama ni satu. Kira kereta bujang dulu lah. Lepas tu, bila sudah berkeluarga, mau ambi kereta Hilux lagi. Bahahaha. Jangan rasa pelik ahh. Hilux bagi saya sesuai untuk kereta yang berkeluarga. Hmmm OldSkool Car yang kebanyakkannya ada di area sini(Telipok) ialah Toyota Corolla.. Mitsubishi pun..Saya pun sebenarnya agak keliru model mana yang saya minat sangat.. Yang penting 2 pintu. Hehehee...

MITSUBISHI CELESTE 

HOLDEN GTS MONARO 1970
paling diminati

MITSUBISHI GALANT

TOYOTA CORONA

TOYOTA COROLLA KE30


Me suka bentuk kereta yang macam ni

Saya pun tak tau lah samada available di Malaysia ataupun tidak. Heeee..




Okay. Chaw. Bye



No comments:

Post a Comment