S E N Y U M :)
kita semua yang bergelar ORANG / MANUSIA mesti pandai senyum kan ? .. hmmh ... ehh ? ada pula orang yang tidak pandai , mau d'ajar lagi ? okeii okeii .. tarik hujung bibir kamu , kiri kanan , naik sikit pegi atas .. nah , terhasilah senyuman kamu ituu :)
Entry ni , saya mau cakap pasal SENYUM ! Fakta -fakta yang menarik tentang S E N Y U M :)
sebelum teruskan , saya mau kamu senyum dulu .. senyum sampai tidak nampak mata kamu yang cantik itu :D
Apakah yang tersembunyi di sebalik senyuman ?
- Senyuman adalah universal . Charles Darwin dalam penggrambannya mendapati bahawa senyuman merupakan mimik muka yang diterima di seluruh dunia.
- Senyuman mudah dilihat. Senyuman dapat dilihat dari jauh iaitu sejauh 45meter. Manakala untuk meilhat reaksi marah, takut atau terkejut , seseorang perlu berada di jarak yang lebih dekat.
- Senyuman mudah dilakukan . Senyuman hanya memerlukan pergerakan satu otot di bahagian muka sahaja. Sedangkan untuk menunjukkan reaksi sedih dan marah pula, kita perlu menggunakan sekurang-kurangnya dua otot.
- Senyuman baik untuk kita. Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa apabila anda senyum , degupan jantung dan tekanan darah menurun serta badan and menjadi lebih relaks. Apabila and berasa sedih, senyuman adalah langkah pertama untuk anda berasa lega.
- Senyuman itu menarik . Mengikut pakar gigi , senyuman yang menarik harus menunjukkan sebahagian besar gigi atas dan hanya sebahagian kecil gigi bawah .
SO , marilah senyum selalu ! kalau senyum kan nampak kiut , cantik , hensem .. Berbanding muka merajuk atau muka stress atau muka marah marah .. cuba bah kamu buat muka merajuk , muka stress atau muka marah , di depan cermin ... tidak cantik , kiut , hensem kan ? nahhhh ... senyumlah bah .. and jangan 'tamak' beri senyuman kepada orang lain !
btw , feel free to listen to this song ? SENYUM :)
good night all ! GBU ..
No comments:
Post a Comment